we live in deeds,not years.
In thoughts,not breaths.
In feelings,not in figures on a dial.
We should count time in heart-throbs.
He most lives who thinks most,feels the noblest,acts the best

Khamis, 28 Oktober 2010

Kisah Dunia Islam: Andalus Semarak Tamadun Di Eropah(Bab 2)

Salam.....selamat bertemu kembali...
kalau episod sebelum ini,kita cuba merungkai sejarah awal Islam bertapak di bumi Andalus...
Episod kali ini kita akan cuba meneroka dan mengkaji peranan Andalus sebagai pusat keilmuan ketika dunia barat dilanda zaman kegelapan.....
marilah sama-sama kita menghayatinya....
wasalam......

Bab 2: Peranan Andalus Sebagai Pusat Pengaliran Ilmu

Kedatangan para sarjana Barat ke Andalus merupakan permulaan awal kepada kewujudan Andalus sebagai pusat pengaliran ilmu dari tamadun Islam ke Eropah.Tujuan kedatangan para sarjana Barat ke Andalus bukan sekadar mahu mempelajari dan mendapatkan ilmu pengetahuan malah turut bertujuan membawa balik ilmu tersebut ke negara asal mereka.Ini dapat dibuktikan apabila hampir keseluruhan ilmu pengetahuan yang terdapat di Eropah adalah melalui perantaraan sarjana Barat.Antara faktor penting yang menjadikan Andalus sebagai pusat pengaliran ilmu ialah faktor Andalus itu sendiri yang menjadi pusat pertembungan antara tamadun Islam dan tamadun Barat.Ini kerana Andalus merupakan satu-satunya wilayah pemerintahan Islam yang terletak di wilayah Barat.Kedudukannya yang strategik memudahkan kemasukan pendatang-pendatang dari seluruh pelosok Eropah dan dari Timur.

Selain itu,pemerintah di Andalus telah mengamalkan kebebasan beragama kepada masyarakat Andalus iaitu masyarakat Andalus bebas untuk menganuti agama lain selain daripada Agama Islam tanpa sekatan.Melalui amalan ini,masyarakat Andalus dapat hidup dengan aman dan harmoni serta dapat saling bertukar idea kerana pemerintah Islam mengamalkan toleransi beragama.Demi memastikan perpaduan dikalangan masyarakat Andalus yang berlainan agama dan bangsa,pemerintah Islam telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi utama di Andalus.Bahasa Arab dikatakan berkembang dengan pesat di kalangan masyarakat Andalus sehingga memudahkan segala aktiviti keilmuan.

Keunggulan Universiti Cordova sebagai pusat pendidikan yang terbaik di Eropah telah menarik perhatian dan minat pelajar dan sarjana dari seluruh dunia datang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di Andalus.Mereka datang bukan sahaja mendapatkan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar fikiran malah mempelajari dan menguasai bahasa Arab supaya mereka dapat menterjemah karya-karya saintifik Islam kepada bahasa-bahasa Eropah yang lain.Pemerintah Islam di Andalus turut mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara luar.Hubungan diplomatik dengan negara-negara luar telah dimulakan oleh pengasas kerajaan Umaiyah di Andalus itu sendiri iaitu Khalifah Abdul Rahman I lagi.Antara kerajaan yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Andalus ialah Constantinople,Mesir dan kerajaan-kerajaan Kristian di sekitar Sepanyol serta Eropah.

Andalus juga turut menjalankan aktiviti perdagangan yangmerupakan salah satu sumber utama ekonomi negara ketika itu.Ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III,Andalus telah menjadi kuasa maritim yang penting di Eropah kerana mempunyai pangkalan tentera yang besar dan angkatan tentera laut yang kuat.Ini menyebabkan hubungan perdagangan yang wujud semakin besar hasil daripada penawanan pelabuhan-pelabuhan di Eropah seperti di Marseilles,Perancis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan