Novel ini mengisahkan 2 orang adik-beradik perempuan iaitu Sofea Zahrah dan Sofea Amani yang masing-masing berusia 4 dan 3 tahun.Mereka berdua ini ibarat kembar siam kerana tidak pernah berpisah dan selalu bersama kemana jua pergi.Zahrah dan Amani merupakan puteri-puteri kesayangan Encik Adli dan Puan Shira.Novel ini bermula pada petang Rabu yang redup.
Dua adik-beradik ini keluar bermain di taman permainan yang berhampiran dengan rumah mereka tanpa ditemani oleh pengasuh dan pembantu rumah mereka iaitu Bibik Eton.Mereka keluar secara senyap-senyap melalui pintu depan yang tidak dikunci ketika Bibik Eton sibuk mengemas di bahagian dapur.Mereka berdua amat gembira dan leka bermain dengan alat-alat permainan yang terdapat di taman itu.Pada satu masa,Zahrah melihat Amani sedang leka bermain buaian.Melihat adiknya gembira bermain buaian,Zahrah juga mahu bermain buaian.Namun,di taman itu hanya mempunyai satu buaian sahaja dan ini menyebabkan berlakunya pertelingkaran di antara dua beradik ini bagi merebut buaian.Tanpa disengajakan,Zahrah tertolak Amani daripada buaian lalu Amani jatuh ke tanah.Amani....................................
Bersambung(episode 2)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan