“Assalamualaikum”,lelaki tu memberi salam.Rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan En.Adli.”waalaikumusallam”jawab Pn.Shira.”Abang naik apa?Mana kereta abang?”Tambah Pn Shira sambil agak kebingungan.”Kereta abang rosak,tu yang abang naik teksi ni haa.”Lincah En Adli menjawab sambil melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul 7 petang.Ketika En.Adli pulang,Amani dan Zahrah sudah tiada di ruang tamu kerana sedang mandi di atas.Mungkin sebab melihat suaminya agak keletihan ketika itu,Pn Shira tidak memberitahu peristiwa yang menimpa Amani.Setelah habis solat Maghrib berjemaah dengan suaminya,barulah Pn Shira menceritakan semuanya ape yang berlaku keatas Amani petang tadi.Mendengar segala apa yang Pn shira ceritakan,En Adli agak terkejut namun dia tidak menyalahkan Bibik Eton kerana bagi dia setiap orang tidak lepas dari melakukan kesilapan.Lagipun ini baru kali pertama Bibik Eton melakukan kesilapan selama Bibik Eton bekerja dengan keluarga En Adli.Setelah habis menjamu makan malam bersama,di ruang tamu seperti biasa mereka sekeluarga akan bersantai sambil menonton televisyen bersama.Ketika itu,En Adli memberitahu keluarganya yang mereka akan pulang ke kampung untuk melawat atuk dan nenek pada hujung minggu ini. Mereka sekeluarga sudah lama tidak pulang melawat ayah dan emak En Adli di Perak.Mendengar sahaja yang mereka akan pulang ke kampung, terus Amani dan Zahrah melompat keriangan.Ini kerana di kampung,mereka boleh bermain dengan kambing dan lembu peliharaan atuk mereka.
Bersambung...............................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan