we live in deeds,not years.
In thoughts,not breaths.
In feelings,not in figures on a dial.
We should count time in heart-throbs.
He most lives who thinks most,feels the noblest,acts the best

Selasa, 26 Oktober 2010

Kisah Dunia Islam: Andalus Semarak Tamadun Di Eropah(Bab 1)

Salam...
Jika episod sebelum ni...saya ada menerangkan tentang pendahuluan bagi kisah sejarah Islam ini.
Episod kali ini kita akan cuba merungkai tentang sejarah awal Islam bertapak di bumi Andalus iaitu suatu bumi yang asing dan jauh dari dunia arab.Sama-samalah kita menghayatinya.....

Bab 1:Sejarah Tamadun Islam Di Andalus

Andalus sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah wilayah yang diperintah dan dikuasai oleh berbagai-bagai bangsa dari seluruh Eropah.Antara bangsa dan kerajaan yang menguasai Andalus ialah Yunani,Rom,Jerman,Suevi,Vandal dan Visigoth.Orang Visigoth telah mengamalkan pemerintahan aristokrasi serta berkongsi kuasa dengan golongan bangsawan dan pembesar.Pemerintah Visigoth telah mengamalkan pemerintahan kuku besi dan menyebabkan rakyat semakin menderita.Dari segi sosial,masyarakat Andalus terdiri daripada golongan raja,paderi gereja,tuan tanah,golongan bangsawan,rakyat biasa,golongan buruh dan hamba abdi.

Pada akhir abad ke-7,berlaku pergolakan dan komplot dalam pemerintahan tertinggi.Akhirnya berlaku rampasan kuasa oleh Jeneral Roderick yang tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan yang diamalkan oleh raja Achila.Demi mendapat kembali takhtanya,beliau telah memohon bantuan orang Islam di Afrika Utara.Gabenor Islam di Afrika Utara ketika itu ialah Musa bin Nusayr telah meminta kebenaran dari khalifah untuk membuka Andalus dan akhirnya pada tahun 710 Masihi, khalifah membenarkan dengan syarat perlu menghantar satu pasukan kecil tentera dahulu bagi meninjau keadaan sebelum melancarkan pembukaan secara besar ke atas Andalus.

Setelah mendapat berita yang menggalakkan daripada ekspedisi tersebut,maka Musa bin Nusayr telah meminta panglimanya iaitu Tariq ibn Ziyad untuk mengetuai pasukan tentera Islam seramai 9000 orang tentera Islam bagi meneruskan penaklukan.Dalam proses penaklukan itu,tentera Islam telah mendapat bantuan daripada pembantu raja Archila dan orang Yahudi akan kekuatan tentera Visigoth.Menjelang tahun 714 Masihi,pasukan tentera Islam berjaya menguasai seluruh Andalus.Selepas Islam mengambil alih pemerintahan di Andalus,sistem sosial dan sistem pemerintahan telah berubah dan tidak menindas rakyat selari dengan ajaran Islam.

Semasa zaman pemerintahan Islam,Andalus telah diperintah oleh beberapa buah kerajaan Islam iaitu seperti pemerintahan gabenor,kerajaan Bani Umaiyah,kerajaan Murabitun,Muwahhidun dan Bani Al-Ahmar.Tiap-tiap kerajaan ini telah memberi sumbangan yang amat besar kepada perkembangan dan kemajuan keilmuan di Andalus.Zaman kegemilangan Andalus lebih terserlah dan unggul pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah iaitu bermula ketika pemerintahan khalifah yang pertama dan pengasas kerajaan Umaiyah di Andalus iaitu Khalifah Abdul Rahman I sehinggalah khalifahnya yang terakhir.Namun,pemerintahan kerajaan Islam selepas Bani Umaiyah turut juga meneruskan perkembangan dan menaungi aktiviti keilmuan Islam yang telah lama dilakukan oleh pemerintah-pemerintah Bani Umaiyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan