we live in deeds,not years.
In thoughts,not breaths.
In feelings,not in figures on a dial.
We should count time in heart-throbs.
He most lives who thinks most,feels the noblest,acts the best

Ahad, 24 Oktober 2010

Kisah Dunia Islam: Andalus Semarak Tamadun Di Eropah(pendahuluan kisah)

Salam....
Kisah sejarah islam ini merupakan ringkasan yang saya buat bagi bagi memenuhi keperluan subjek Tamadun Islam dan Asia(TITAS) yang saya ambil ketika semester 2.Kisah sejarah ini saya telah bahagikan kepada 5 episod.Terlebih dahulu untuk permulaan kisah,saya akan menceritakan serba sedikit pendahuluan kisah sejarah Islam ini.Marilah sama-sama kita menyelaminya.....wasalam

Pendahuluan

Pemerintahan kerajaan Islam di Andalus pada tahun 711 Masihi sehingga 1492 Masihi merupakan satu titik penting dalam sejarah tamadun Islam di Eropah.Kehadiran Islam di Andalus bukan sahaja menghapuskan penindasan dan kekejaman pemerintah-pemerintah kristian sebelumnya malah turut berjaya membentuk sebuah tamadun Islam yang agung dan unggul di Eropah pada ketika itu.Kecemerlangan dan kunggulan tamadun Islam di Andalus adalah disebabkan oleh sokongan dan penglibatan secara langsung pemerintah atau khalifahnya dalam aktiviti-aktiviti keilmuan yang merupakan satu faktor dorongan yang tidak ternilai yang membantu menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan di Andalus.

Antara khalifah yang memainkan peranan penting dalam aktiviti keilmuan ketika zaman pemerintahannya ialah Khalifah Abdul Rahman III dan Khalifah Al-Hakam II.Hasil daripada dorongan khalifah juga,maka semua masyarakat tanpa mengira lapisan masyarakat,agama dan keturunan turut sama memberikan sumbangan dalam memajukan berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan di Andalus.Penglibatan segenap lapisan masyarakat secara tidak langsung telah melahirkan ramai para sarjana Islam yang mahir dalam sesuatu bidang seperti bidang falsafah,sejarah dan sains.
Ketika Andalus muncul sebagai sebuah pusat intelektual Islam yang terpenting ketika itu,banyak institusi pendidikan,perpustakaan,masjid dan tempat mandi umum telah tumbuh bagai cendawan ketika itu.Pada abad ke-10 Masihi,Kota Cordova yang menjadi pusat pemerintahan Islam telah muncul sebagai bandar termaju di dunia kerana mempunyai bilangan masjid,perpustakaan dan tempat mandi umum yang banyak di dunia ketika itu.Andalus turut mencapai satu tahap yang tinggi dalam penggunaan bahasa Arab yang dapat dilihat melalui hasil karya dalam puisi dan nahu.Peningkatan kemahiran dan daya kreatif di kalangan masyarakat Andalus juga dapat dilihat melalui hasil seni lukis dan seni binanya.

Andalus juga turut menjadi pusat penterjemahan yang terungul ketika itu dalam menterjemahkan karya-karya bahasa Yunani ,Arab dan Latin.Antara tokoh-tokoh Barat yang terlibat dalam aktiviti penterjemahan ketika itu ialah Roger Bacon,Adelard of Bath dan Michael Scot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan