Jam menunjukkan pukul 9 pagi,kelihatan keluarga En.Adli sedang sibuk bersiap dan berkemas untuk pulang ke kampung di Perak.En Adli turut membawa turut membawa Bibik Eton kerana menganggap Bibik Eton sebagai sebahagian daripada keluarganya.Setelah habis siap berkemas,mereka mula bertolak lebih kurang pukul 10 pagi.Perjalanan dari rumah EnAdli ke kampung hanya mengambil masa 2 jam sahaja.Apabila tiba di kampong,kelihatan atuk dan nenek sedang tunggu di beranda rumah menanti kepulangan anak-anak dan cucu-cucu mereka dengan senyuman dan kegembiraan.Sebaik enjin kereta dimatikan,dengan penuh kerinduan kedua-dua puteri En Adli keluar dari kereta sambil berlari mendapatkan atuk dan nenek mereka dan terus berpelukan melepaskan rindu masing-masing.Pada sebelah petangnya En Adli,Amani dan Zahrah telah mengikuti atuknya ke dusun dan ladang ternakan.Manakala,Pn Shira dan Bibik Eton sedang sibuk di halaman belakang rumah membantu nenek bercucuk tanam di kebun sayur yang diusahakan oleh nenek secara kecil-kecilan.Perjalanan dari rumah atuk ke dusun hanya mengambil masa 10 minit sahaja apabila berjalan kaki.Disebabkan mereka pulang ketika musim buah-buahan,maka bermacam-macam buah-buahan boleh didapati dengan mudah di dusun atuk.Setelah mengumpul dan mengutip buah-buahan untuk dimakan dan dibawa pulang,mereka akhirnya pergi melihat ladang ternakan atuk yang terletak tidak jauh dari dusun.Di ladang itu,kelihatan seorang pemuda awal 20-an sedang sibuk memberi makan haiwan -haiwan ternakan.Pemuda itu bernama Ali yang merupakan pekerja tunggal atuk di ladang tersebut.Peluang ini tentu sekali tidak boleh dilepaskan oleh Zahrah dan Amani.Mereka berebut-rebut mahu membantu Ali memberi makan kambing dan lembu.Melihat mereka berdua,En.Adli dan atuk hanya mampu ketawa melihat telatah mereka.Kelihatan Amani dan Zahrah tidak berasa takut dan kekok dengan haiwan-haiwan tersebut .
Bersambung...........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan