we live in deeds,not years.
In thoughts,not breaths.
In feelings,not in figures on a dial.
We should count time in heart-throbs.
He most lives who thinks most,feels the noblest,acts the best

Khamis, 28 Oktober 2010

Kisah Dunia Islam: Andalus Semarak Tamadun Di Eropah(Bab 2)

Salam.....selamat bertemu kembali...
kalau episod sebelum ini,kita cuba merungkai sejarah awal Islam bertapak di bumi Andalus...
Episod kali ini kita akan cuba meneroka dan mengkaji peranan Andalus sebagai pusat keilmuan ketika dunia barat dilanda zaman kegelapan.....
marilah sama-sama kita menghayatinya....
wasalam......

Bab 2: Peranan Andalus Sebagai Pusat Pengaliran Ilmu

Kedatangan para sarjana Barat ke Andalus merupakan permulaan awal kepada kewujudan Andalus sebagai pusat pengaliran ilmu dari tamadun Islam ke Eropah.Tujuan kedatangan para sarjana Barat ke Andalus bukan sekadar mahu mempelajari dan mendapatkan ilmu pengetahuan malah turut bertujuan membawa balik ilmu tersebut ke negara asal mereka.Ini dapat dibuktikan apabila hampir keseluruhan ilmu pengetahuan yang terdapat di Eropah adalah melalui perantaraan sarjana Barat.Antara faktor penting yang menjadikan Andalus sebagai pusat pengaliran ilmu ialah faktor Andalus itu sendiri yang menjadi pusat pertembungan antara tamadun Islam dan tamadun Barat.Ini kerana Andalus merupakan satu-satunya wilayah pemerintahan Islam yang terletak di wilayah Barat.Kedudukannya yang strategik memudahkan kemasukan pendatang-pendatang dari seluruh pelosok Eropah dan dari Timur.

Selain itu,pemerintah di Andalus telah mengamalkan kebebasan beragama kepada masyarakat Andalus iaitu masyarakat Andalus bebas untuk menganuti agama lain selain daripada Agama Islam tanpa sekatan.Melalui amalan ini,masyarakat Andalus dapat hidup dengan aman dan harmoni serta dapat saling bertukar idea kerana pemerintah Islam mengamalkan toleransi beragama.Demi memastikan perpaduan dikalangan masyarakat Andalus yang berlainan agama dan bangsa,pemerintah Islam telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi utama di Andalus.Bahasa Arab dikatakan berkembang dengan pesat di kalangan masyarakat Andalus sehingga memudahkan segala aktiviti keilmuan.

Keunggulan Universiti Cordova sebagai pusat pendidikan yang terbaik di Eropah telah menarik perhatian dan minat pelajar dan sarjana dari seluruh dunia datang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di Andalus.Mereka datang bukan sahaja mendapatkan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar fikiran malah mempelajari dan menguasai bahasa Arab supaya mereka dapat menterjemah karya-karya saintifik Islam kepada bahasa-bahasa Eropah yang lain.Pemerintah Islam di Andalus turut mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara luar.Hubungan diplomatik dengan negara-negara luar telah dimulakan oleh pengasas kerajaan Umaiyah di Andalus itu sendiri iaitu Khalifah Abdul Rahman I lagi.Antara kerajaan yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Andalus ialah Constantinople,Mesir dan kerajaan-kerajaan Kristian di sekitar Sepanyol serta Eropah.

Andalus juga turut menjalankan aktiviti perdagangan yangmerupakan salah satu sumber utama ekonomi negara ketika itu.Ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III,Andalus telah menjadi kuasa maritim yang penting di Eropah kerana mempunyai pangkalan tentera yang besar dan angkatan tentera laut yang kuat.Ini menyebabkan hubungan perdagangan yang wujud semakin besar hasil daripada penawanan pelabuhan-pelabuhan di Eropah seperti di Marseilles,Perancis.


My Life:Sdap le jgak.....

haa...ak coret artikel ni sbb ak nk post satu lgu sbnanye..
lgu ni ak first time dngr ble sowng member girl ak ni nyanyi time ak kol die...
name die Nurul Ain Shahirah....cantik kn namenye...mcm owng ye
first time kot ak dngr girl nyanyi live...hahahahaha
suaranye bole thn la...sdap le jgk mcm Luna ...
jgn mara ye...tpi realiti tau..hehehe
ble mle2 ak dngr lgu ni...dlm ati ak ckp"lagu pe la ni??"..
tp ble jmpe lirik lgunye...
owh...bole thn la lgunye...ad jiwng2 ckit la...(bkn ckit kot tp bnyk le jgak)...hahahaha
haa...ni la lagu ye...
siap ad lirik ye lgi tu....
tajuk lgu ni "150 juta"....

Rabu, 27 Oktober 2010

My Life:Baik k aku nie????

artikel ni ak coret sbb ak teringt kt ex ak tau...
ntah le cm ne la ak bole break ngn die kn....
honestly la ak ckp...mmg die pmpuan pling baik yg ak knal...
Spanjng kmi kwn,mmg die x pnah pn wat slh ngn ak...kalo bnde kcil2 tu besa la..
ak ni haa...slalu je skitkn ati die....
mgkin kdng2 tu ak x perasan kot....
baik k aku nie????
slpas ak break ngn die..
die ad srh ak berjnji ngn die....
jgn skitkn ati pmpuan lg...
cukup la die sorng je yg ak pnah skitkn....
die nk ak jge owng yg ak syang...ssayang ngn mgkin...
so...mulai saat tu...
ak pn bjanji kt dri ak sndiri yg ak x nk skitkn ati sesapa lg...
especially makhluk yg brgelar pmpuan....
ak x nk pisang bbuah 2 kali....
Tp buat mse ni ak x pk nk couple lg...
ak rse ak blom sedia la nk couple...
mgkn lps graduate bru ak pk psl bnde tu...
mmg x dpt dnafikn ak mmg ad minat sowng member girl ak ni...
ak knl die smenjk kt matrik lg...
hahahahaha...die ni bnyk kali tau putus cinta....
ksian kn...dh tkdir ape bole wat....
Ak rse wat mse ni ak lbih selesa kwn ngn die....
x kisah la kwn 3-4 thn atau mgkn slama2 nye...aslkn kte knl ati budi msing2 kn...
Drpd kte couple tnpe mngenal ati budi msing2....
kn probability untk ptus n kecewakn owng tu tinggi ...
hehehehehe...
ok...
daa n wasalam...

Selasa, 26 Oktober 2010

My Life:Selesema la...

dr smlm ak asik bersin n selesema je....aishhh
tp ak redha n bsyukur la...
sbb msti ad hikmahnye stiap ape yg Allah takdirkn...
mgkin ntk mnguji ak....
rse mcm nk demam...tp x demam2 pn...
dh lme kot ak x demam....
tp kalo selesema tu slalu le jgk...
hahahaha...mybe sbb ak alergic ngn habuk kot....
nk djdikn cite...sbnanye seorng mmber girl ak ni pn x chat jgk...
mcm sehati sejiwa le plak....ceh pasan gler ak...
ksian lak kt die...tme exam bole lak demam...
hopefully...time exam nnti ak chat very well...
x snggup ak mnjwb paper tme tu...cnfirm x selesa...
ntk mmber girl ak ni...."jge diri n ksihatan tau...
n jgn lpe mkn ubat...
mklum la...fad kn jauh...
so x bole la nk tgk2 kn...anyway,chayoook!!!!"
ari ni...ak x tau nk wat pe sbnanye....
maklum la,ari nie kn pblic holidy....
jgn slh sngka...ni cme pblic holidy ntk ak je...
ok..ak dh dpt idea nk wat pe....
wasalam
.

Kisah Dunia Islam: Andalus Semarak Tamadun Di Eropah(Bab 1)

Salam...
Jika episod sebelum ni...saya ada menerangkan tentang pendahuluan bagi kisah sejarah Islam ini.
Episod kali ini kita akan cuba merungkai tentang sejarah awal Islam bertapak di bumi Andalus iaitu suatu bumi yang asing dan jauh dari dunia arab.Sama-samalah kita menghayatinya.....

Bab 1:Sejarah Tamadun Islam Di Andalus

Andalus sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah wilayah yang diperintah dan dikuasai oleh berbagai-bagai bangsa dari seluruh Eropah.Antara bangsa dan kerajaan yang menguasai Andalus ialah Yunani,Rom,Jerman,Suevi,Vandal dan Visigoth.Orang Visigoth telah mengamalkan pemerintahan aristokrasi serta berkongsi kuasa dengan golongan bangsawan dan pembesar.Pemerintah Visigoth telah mengamalkan pemerintahan kuku besi dan menyebabkan rakyat semakin menderita.Dari segi sosial,masyarakat Andalus terdiri daripada golongan raja,paderi gereja,tuan tanah,golongan bangsawan,rakyat biasa,golongan buruh dan hamba abdi.

Pada akhir abad ke-7,berlaku pergolakan dan komplot dalam pemerintahan tertinggi.Akhirnya berlaku rampasan kuasa oleh Jeneral Roderick yang tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan yang diamalkan oleh raja Achila.Demi mendapat kembali takhtanya,beliau telah memohon bantuan orang Islam di Afrika Utara.Gabenor Islam di Afrika Utara ketika itu ialah Musa bin Nusayr telah meminta kebenaran dari khalifah untuk membuka Andalus dan akhirnya pada tahun 710 Masihi, khalifah membenarkan dengan syarat perlu menghantar satu pasukan kecil tentera dahulu bagi meninjau keadaan sebelum melancarkan pembukaan secara besar ke atas Andalus.

Setelah mendapat berita yang menggalakkan daripada ekspedisi tersebut,maka Musa bin Nusayr telah meminta panglimanya iaitu Tariq ibn Ziyad untuk mengetuai pasukan tentera Islam seramai 9000 orang tentera Islam bagi meneruskan penaklukan.Dalam proses penaklukan itu,tentera Islam telah mendapat bantuan daripada pembantu raja Archila dan orang Yahudi akan kekuatan tentera Visigoth.Menjelang tahun 714 Masihi,pasukan tentera Islam berjaya menguasai seluruh Andalus.Selepas Islam mengambil alih pemerintahan di Andalus,sistem sosial dan sistem pemerintahan telah berubah dan tidak menindas rakyat selari dengan ajaran Islam.

Semasa zaman pemerintahan Islam,Andalus telah diperintah oleh beberapa buah kerajaan Islam iaitu seperti pemerintahan gabenor,kerajaan Bani Umaiyah,kerajaan Murabitun,Muwahhidun dan Bani Al-Ahmar.Tiap-tiap kerajaan ini telah memberi sumbangan yang amat besar kepada perkembangan dan kemajuan keilmuan di Andalus.Zaman kegemilangan Andalus lebih terserlah dan unggul pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah iaitu bermula ketika pemerintahan khalifah yang pertama dan pengasas kerajaan Umaiyah di Andalus iaitu Khalifah Abdul Rahman I sehinggalah khalifahnya yang terakhir.Namun,pemerintahan kerajaan Islam selepas Bani Umaiyah turut juga meneruskan perkembangan dan menaungi aktiviti keilmuan Islam yang telah lama dilakukan oleh pemerintah-pemerintah Bani Umaiyah.

Ahad, 24 Oktober 2010

Kisah Dunia Islam: Andalus Semarak Tamadun Di Eropah(pendahuluan kisah)

Salam....
Kisah sejarah islam ini merupakan ringkasan yang saya buat bagi bagi memenuhi keperluan subjek Tamadun Islam dan Asia(TITAS) yang saya ambil ketika semester 2.Kisah sejarah ini saya telah bahagikan kepada 5 episod.Terlebih dahulu untuk permulaan kisah,saya akan menceritakan serba sedikit pendahuluan kisah sejarah Islam ini.Marilah sama-sama kita menyelaminya.....wasalam

Pendahuluan

Pemerintahan kerajaan Islam di Andalus pada tahun 711 Masihi sehingga 1492 Masihi merupakan satu titik penting dalam sejarah tamadun Islam di Eropah.Kehadiran Islam di Andalus bukan sahaja menghapuskan penindasan dan kekejaman pemerintah-pemerintah kristian sebelumnya malah turut berjaya membentuk sebuah tamadun Islam yang agung dan unggul di Eropah pada ketika itu.Kecemerlangan dan kunggulan tamadun Islam di Andalus adalah disebabkan oleh sokongan dan penglibatan secara langsung pemerintah atau khalifahnya dalam aktiviti-aktiviti keilmuan yang merupakan satu faktor dorongan yang tidak ternilai yang membantu menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan di Andalus.

Antara khalifah yang memainkan peranan penting dalam aktiviti keilmuan ketika zaman pemerintahannya ialah Khalifah Abdul Rahman III dan Khalifah Al-Hakam II.Hasil daripada dorongan khalifah juga,maka semua masyarakat tanpa mengira lapisan masyarakat,agama dan keturunan turut sama memberikan sumbangan dalam memajukan berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan di Andalus.Penglibatan segenap lapisan masyarakat secara tidak langsung telah melahirkan ramai para sarjana Islam yang mahir dalam sesuatu bidang seperti bidang falsafah,sejarah dan sains.
Ketika Andalus muncul sebagai sebuah pusat intelektual Islam yang terpenting ketika itu,banyak institusi pendidikan,perpustakaan,masjid dan tempat mandi umum telah tumbuh bagai cendawan ketika itu.Pada abad ke-10 Masihi,Kota Cordova yang menjadi pusat pemerintahan Islam telah muncul sebagai bandar termaju di dunia kerana mempunyai bilangan masjid,perpustakaan dan tempat mandi umum yang banyak di dunia ketika itu.Andalus turut mencapai satu tahap yang tinggi dalam penggunaan bahasa Arab yang dapat dilihat melalui hasil karya dalam puisi dan nahu.Peningkatan kemahiran dan daya kreatif di kalangan masyarakat Andalus juga dapat dilihat melalui hasil seni lukis dan seni binanya.

Andalus juga turut menjadi pusat penterjemahan yang terungul ketika itu dalam menterjemahkan karya-karya bahasa Yunani ,Arab dan Latin.Antara tokoh-tokoh Barat yang terlibat dalam aktiviti penterjemahan ketika itu ialah Roger Bacon,Adelard of Bath dan Michael Scot.

Novel Pendek Berantai: Sofea untuk Zahrah & Amani (episode 5)

Jam menunjukkan pukul 9 pagi,kelihatan keluarga En.Adli sedang sibuk bersiap dan berkemas untuk pulang ke kampung di Perak.En Adli turut membawa turut membawa Bibik Eton kerana menganggap Bibik Eton sebagai sebahagian daripada keluarganya.Setelah habis siap berkemas,mereka mula bertolak lebih kurang pukul 10 pagi.Perjalanan dari rumah EnAdli ke kampung hanya mengambil masa 2 jam sahaja.Apabila tiba di kampong,kelihatan atuk dan nenek sedang tunggu di beranda rumah menanti kepulangan anak-anak dan cucu-cucu mereka dengan senyuman dan kegembiraan.Sebaik enjin kereta dimatikan,dengan penuh kerinduan kedua-dua puteri En Adli keluar dari kereta sambil berlari mendapatkan atuk dan nenek mereka dan terus berpelukan melepaskan rindu masing-masing.Pada sebelah petangnya En Adli,Amani dan Zahrah telah mengikuti atuknya ke dusun dan ladang ternakan.Manakala,Pn Shira dan Bibik Eton sedang sibuk di halaman belakang rumah membantu nenek bercucuk tanam di kebun sayur yang diusahakan oleh nenek secara kecil-kecilan.Perjalanan dari rumah atuk ke dusun hanya mengambil masa 10 minit sahaja apabila berjalan kaki.Disebabkan mereka pulang ketika musim buah-buahan,maka bermacam-macam buah-buahan boleh didapati dengan mudah di dusun atuk.Setelah mengumpul dan mengutip buah-buahan untuk dimakan dan dibawa pulang,mereka akhirnya pergi melihat ladang ternakan atuk yang terletak tidak jauh dari dusun.Di ladang itu,kelihatan seorang pemuda awal 20-an sedang sibuk memberi makan haiwan -haiwan ternakan.Pemuda itu bernama Ali yang merupakan pekerja tunggal atuk di ladang tersebut.Peluang ini tentu sekali tidak boleh dilepaskan oleh Zahrah dan Amani.Mereka berebut-rebut mahu membantu Ali memberi makan kambing dan lembu.Melihat mereka berdua,En.Adli dan atuk hanya mampu ketawa melihat telatah mereka.Kelihatan Amani dan Zahrah tidak berasa takut dan kekok dengan haiwan-haiwan tersebut .
Bersambung...........................

My Life:Cinta atau hawa nafsu

salam....
sye tlis artikel nie sbb sye tringt satu komen dr seorg member kt fb..
komen ni sbnanye psl cinta tau...
tp masalahnye skng sye amat x stuju ngn satu pndapat die...
pendapat die bbunyi begini "anak luar nikah pown atas dasar cinta...tp atas tafsiran cinta yang salah"...lbih kurng begitu le pndapat die...
Bg pndapat sye....itu bkn cinta namanya....
sbaliknye merupakan hawa nafsu semata-mata....
bile hawa nafsu menguasai diri...
pegangan & akal, kite maen langgar je...

x dpt dnafikn...mmg cinta itu suci....sngt suci jika owng tu tau mnghargainya...
dn sye tringat 4 rangkap lagu yg berbunyi begini....

Cintakn bunga akan layu.......
cinta manusia akan mati....
cintakan Allah kekal abadi...
itu lah yg sejati....

mmg kite boleh mencintai manusia...
tp biarlah tdk melebihi cinta kite pada Allah....

wasalam....

My Life:Save Palestine....Save Gaza......

salam...
semasa sye search internet...
sye ad msok website i luv Islam.....
kt ctu tujuan sye adalah nk mncari wallpaper bru ntk laptop sye...
sye search...pnye search....
sye tertarik ngn satu wallpaper ni...
nk tau wallpaper ape yg sye mksudkn???
sye jmpe stu wallpaper yg mnunjukkn seorng pejuang palestin....
Pejuang ni mnutup muke die ngn kain smbil mngibarkn bendera palestin...
dan pejuang itu bdiri berlatar blkngkn bertompok2 darah sambil kelihatan pkataan PALESTINE
dn ape mnyebabkn sye bpkr sjenak apabila mlihat wall ni ialah....
sye tlihat 3 baris ayat d penjuru ats belah kiri wallpaper tu...
baris ayat tu merupakan sabda Rasulullah S.A.W....
ayatnye berbunyi begini....
Sabda Rasulullah S.A.W "Bukan dari kalangan kami mereka yang tiada mengambil hirau urusan Muslimin"...
so...persoalan ye skng...
adakah kite skg msih ad amik tau psl saudara kte yg ditindas d bumi suci Palestin???
kite sama2 pk2 kn ye......
wasalam......

My Life:Chelsea....Chelsea.....Chelsea....

Kerancakan BPL semakin dirasai......
results match jgk amat2 memeranjatkn kite....
terutamanya Liverpool...
yg kini berada d zon penyingkiran..
iaitu berada no.2 dr bwh liga
stakat 8 perlawanan...Liverpool hanye mampu mngutip 6 mata shaja...
berbanding dngn peneraju BPL serta juara brthn musim lpas Chelsea....
ngn 22 mata bg 9 plwnn....
ape sbnnye yg blaku ngn pasukan Liverpool ini???
jarak diantara Liverpool ngn Chelsea ialah 16 mata...
mampukah Liverpool mencabar kjuaraan liga...????
atau sekurangnya2 menduduki 4 teratas.....???
bgi psukan Manchester City....
x dpt dnafikn prbelanjaan yg lumayan oleh pemiliknye...
mule mnampakkn hasilnye....
Manchester city skg sdg mngekori rpt Chelsea....
menduduki tmpt k-2 liga.....
Manakala,ktumpulan serangan & kbocoran perthanan mula drasai oleh MU.....
MU hanya mampu seri ngn pasukn2 bwahan....
so...boleh la drumuskn...
berbagai2 kjutan akn blaku dlm BPL ntk season ni...
kte sme2 nntikan....
Btw...go chelsea go...
huhuhuhu

Sabtu, 23 Oktober 2010

My Life:Presentation BI ................

smlm iaitu bersamaan ngn ari jumaat(22/10/2010)...
ak pnye group kne present tntg kami pnye projek Bi...
Projek bi kami ialah "opinions from students in UTM about abolishment of UPSR n PMR"
fuh...nmpk mcm gmpak je kn title ye....
time present ari jumaat tu....
tbe2 lak ak jd nervous...
mgkn sbb ak dh lme kot x ckp kt dpan audiens...hehehe...
smpai ak lupe nk pknalkn diri dlu...
trus je ak bentgkn projek ak...
nseb baek ad member ak tgur....Mr.torres in black namenye
bru la cpat2 ak introduce name ak....
smpai smoa audiens gelakkan ak tau...asl la ak malukn diri sndiri ni..
nseb baik la ak ni cool je...
wat x tau sdah...mcm x d pape yg blaku
lpas je abis present...
lecturer ak bg komen...
nk tau die ckp ape???
"Good job!!u all i c were prepared very well b4 presentation"
tgelak ak dlm ati ni...
ble mse lak ak ngn ngn group ak prepare ni....
kami wat last2 minute kot presentation ni...
smpai x d mse nk practise....
maybe ad hikmah ye kot...
tpi Alhamdulillah la...
arp2 ak pnye group dpt markah tinggi la....
hopefully...huhuhuhu.....
eh...nt wat trademark ni la..
wuuuuuuuuuuuuuuu~
ni trademark member girl ak tau...
i'm very2 like this person....
i just want to c her happy every time...

wasalam

My Life:Final Exam menghantui kembali

Pejam celik....pejam celik...
Dh nk final exam kn.....
lg 2 minggu je lg nk final exam...
nseb baik la u ak ni ad study week sminggu...
x mcm kwn2 ak kt u laen....
x d studi week...
ksian ak dngr kwn2 ak ni studi gler2 pnye...
sem ni ak x tau le cm ne...risau pn ad
ape x ye......carry marks rendah2 gler...
paling utama skali...
msti la x bkn Electronic Device atau lbih famous lg ED la..
adui...test 1 n test 2 ak x smpai separuh tau...
kirenye paper ni time final ak kne score gler2 la...
Kalo nk di iktkn sbjek ni x d la susah sngt pn...
ak ni haa....tbe2 je time test ari tu jd blur....
ak ad wat slh ngn owng k haaa?????
Ak nk minta maap la kt sape2 yg ak pnah ak skitkn ati k,tksar bhase k...
sowey ye smoa kwn2....
especially kt Ex ak....
"fad bnyk wat slh kt awk....
fad mintk maap..
kte jn berdendam ok....."

haa...
kt cni ak ad ltak timetable final exam ak....
ak ltak sbb kdng2 ak lupe ble exam...
ceh,mcm dh tua le plak...mudh lupe....
tpi ak x nyayok lg ye....
jgn slh anggap

Control:Modelling n Simulation 9/11/2010
Advanced English For Academic Communication 10/11/2010
Introduction For Psychology Industry 11/11/2010
Electronic Device 13/11/2010
Engineering Mathematics 23/11/2010
Signal n Network 28/11/2010


haa...so,doakn kejayaan ak ye kwn2...
ak pn ak sentiasa doakn korg semoa berjaya.....
wasalam...........

Jumaat, 22 Oktober 2010

My Life:I very2 like this song

Bile bukak je blog ni..anda akan secara automatik mendengar lagu ni...
lagu ni merupakan sebuah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh maher zain.
Bersama2 lah...kite hayati lagu ni....

For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Novel Pendek Berantai: Sofea untuk Zahrah & Amani (episode 4)

“Assalamualaikum”,lelaki tu memberi salam.Rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan En.Adli.”waalaikumusallam”jawab Pn.Shira.”Abang naik apa?Mana kereta abang?”Tambah Pn Shira sambil agak kebingungan.”Kereta abang rosak,tu yang abang naik teksi ni haa.”Lincah En Adli menjawab sambil melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul 7 petang.Ketika En.Adli pulang,Amani dan Zahrah sudah tiada di ruang tamu kerana sedang mandi di atas.Mungkin sebab melihat suaminya agak keletihan ketika itu,Pn Shira tidak memberitahu peristiwa yang menimpa Amani.Setelah habis solat Maghrib berjemaah dengan suaminya,barulah Pn Shira menceritakan semuanya ape yang berlaku keatas Amani petang tadi.Mendengar segala apa yang Pn shira ceritakan,En Adli agak terkejut namun dia tidak menyalahkan Bibik Eton kerana bagi dia setiap orang tidak lepas dari melakukan kesilapan.Lagipun ini baru kali pertama Bibik Eton melakukan kesilapan selama Bibik Eton bekerja dengan keluarga En Adli.Setelah habis menjamu makan malam bersama,di ruang tamu seperti biasa mereka sekeluarga akan bersantai sambil menonton televisyen bersama.Ketika itu,En Adli memberitahu keluarganya yang mereka akan pulang ke kampung untuk melawat atuk dan nenek pada hujung minggu ini. Mereka sekeluarga sudah lama tidak pulang melawat ayah dan emak En Adli di Perak.Mendengar sahaja yang mereka akan pulang ke kampung, terus Amani dan Zahrah melompat keriangan.Ini kerana di kampung,mereka boleh bermain dengan kambing dan lembu peliharaan atuk mereka.
Bersambung...............................

Khamis, 14 Oktober 2010

Segmen:Kerakusan Yahudi 1(Holocaust Propaganda Yahudi untuk Menakluki Dunia)

Adakah anda pernah mendengar peristiwa Holocaust???
Jika belum,holocaust merupakan peristiwa yang dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai orang yahudi oleh pihak Nazi Jerman yang diketuai Adolf Hitler.Peristiwa ini menyebabkan satu dunia berasa simpati dengan orang yahudi diatas kekejaman Hitler.Namun jika kita selidik latar belakang Hitler,beliau mempunyai pertalian darah dengan bangsa yahudi.Dia dikatakan mempunyai pertalian darah dengan keluarga bangsawan dan disegani bangsa yahudi iaitu keluarga Rothschild.

Jika benar Hitler berdarah yahudi,kenapa membunuh bangsa yahudi????
Akhirnya persoalan ini terungkai apabila mendapati bangsa yahudi yang dibunuh ialah dari golongan Yahudi Ortodox.Yahudi Ortodox merupakan golongan yahudi yang menentang gagasan penubuhan negara Israel dan berpegangan dengan ajaran ortodox iaitu melarang bangsa yahudi membina negara sendiri.

Bagi menjayakan cita-cita yahudi zionis untuk membina Israel,yahudi ortodox telah dijadikan korban bagi memulakan perancangan untuk mendapatkan simpati dunia.Begitu kejamlah sikap yahudi zionis utuk menakluki dunia sehingga sanggup membunuh bangsa sendiri.Topik yang akan datang,kita akan cuba merungkai perancangan-perancangan yahudi dalam menakluki dunia.
sekian....wasalam....

Novel Pendek Berantai: Sofea untuk Zahrah & Amani (episode 3)

Rupa-rupanya Puan Shira sudah pulang ke rumah.Sebaik Puan Shira menjejakkan kaki dalam rumah yang diberi nama ‘Villa SopheaMaya’ terus Puan Shira terkejut melihat lengan Amani yang berbalut.Tanpa berfikir panjang terus Puan Shira menanya puteri bongsunya tentang apa yang berlaku “Amani,nape ngan tangan Amani ni?”Tanya Puan Shira.Namun pertanyaannya tidak dijawab oleh Amani.Tiba-tiba Bibik Eton bersuara “Sebenarnya puan,tadi mereka berdua bermain kat taman permainan dan ntah cam ne amani boleh jatuh.Semuanya salah saya puan sebab saya cuai biarkan Amani dan Za bermain di taman tanpa ditemani saya”,lincah Eton menjawab dengan loghat Indonesianya yang masih pekat bagi melindungi Amani dan Za dari dimarahi oleh Puan Shira.Mendengar sahaja jawapan yang diberi oleh Eton,terus Puan Shira memarahi bibik Eton dengan muka yang merah padam.Sebelum ini selama 3 tahun Eton bekerja dengan keluarga En.Adli belum pernah Pn Shira memarahi Eton semarah ini.Mungkin kerana Pn Shira agak keletihan kerana baru pulang dari tempat kerja.Pn Shira merupakan seorang ahli kimia di salah sebuah syarikat swasta di ibu negara.Ketekkkkkkkkkkkkkk............bunyi pintu dibuka dari luar.Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berusia awal 30-an yang tercunggap-cunggap keletihan. Bersambung.............................http://www.emocutez.com

Selasa, 12 Oktober 2010

Novel Pendek Berantai: Sofea untuk Zahrah & Amani (episode 2)

Amani mula menangis teresak-esak apabila melihat darah mula mengalir di lengannya.Zahrah yang melihat kecederaan yang dialami oleh Amani mula merasa panik.Dia risau akan dimarahi oleh mama dan papa mereka.Tiba-tiba nama Amani dan Zahrah disebut berulang-ulang kali dan nada suara tu semakin lama semakin hampir dengan mereka.Rupa-rupanya itu suara BIbik Eton.Bibik Eton terperanjat apabila melihat luka di lengan Amani.Bibik bertanya kepada Amani dan Zahrah “nape lengan Amani berdarah ni haa Amani,Za?”.Namun masing-masing membisukan diri tanpa menjawab pertanyaan Bibik Eton.Tanpa membuang masa,bibik Eton terus membawa pulang kedua-dua kanak tersebut.Di rumah,Bibik Eton terus mencapai ‘First Aid’ di dalam almari dan terus merawat luka yang dialami oleh Amani.Sedang Bibik Eton sibuk merawat Amani,tiba-tiba suara deruman enjin kereta berderum laju masuk ke garaj rumah.Bibik Eton,Amani dan Zahrah terpaku sambil memandang antara satu sama lain.
Sambung.........(episode 3)

Novel Pendek Berantai: Sofea untuk Zahrah & Amani (episode 1)

Novel ini mengisahkan 2 orang adik-beradik perempuan iaitu Sofea Zahrah dan Sofea Amani yang masing-masing berusia 4 dan 3 tahun.Mereka berdua ini ibarat kembar siam kerana tidak pernah berpisah dan selalu bersama kemana jua pergi.Zahrah dan Amani merupakan puteri-puteri kesayangan Encik Adli dan Puan Shira.Novel ini bermula pada petang Rabu yang redup.
Dua adik-beradik ini keluar bermain di taman permainan yang berhampiran dengan rumah mereka tanpa ditemani oleh pengasuh dan pembantu rumah mereka iaitu Bibik Eton.Mereka keluar secara senyap-senyap melalui pintu depan yang tidak dikunci ketika Bibik Eton sibuk mengemas di bahagian dapur.Mereka berdua amat gembira dan leka bermain dengan alat-alat permainan yang terdapat di taman itu.Pada satu masa,Zahrah melihat Amani sedang leka bermain buaian.Melihat adiknya gembira bermain buaian,Zahrah juga mahu bermain buaian.Namun,di taman itu hanya mempunyai satu buaian sahaja dan ini menyebabkan berlakunya pertelingkaran di antara dua beradik ini bagi merebut buaian.Tanpa disengajakan,Zahrah tertolak Amani daripada buaian lalu Amani jatuh ke tanah.Amani....................................
Bersambung(episode 2)